We are apologize for the inconvenience but you need to download
more modern browser in order to be able to browse our page

Download Safari
Download Safari
Download Chrome
Download Chrome
Download Firefox
Download Firefox
Download IE 10+
Download IE 10+

Konvoi Berbasikal 1WP 2018

KONVOI BERBASIKAL 1WP 2018

(Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018)

Sijil Penyertaan 1WP Konvoi Berbasikal 2018

Klik butang dibawah untuk muat turun Sijil Penyertaan 1WP Konvoi Berbasikal 2018.

MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh: 24 Februari 2018 (Sabtu)
Masa: 6.00pagi – 11.30pagi

Flag-off: 7.00pagi

Tempat:
Dataran DBKL, Kuala Lumpur (Mula / Tamat)

Jumlah Penyertaan:
3000 peserta berbasikal

Kelayakan Penyertaan:
Terbuka kepada warga Malaysia (Lelaki & Perempuan)

MAKLUMAT PENGANJUR

Organizer: Kementerian Wilayah Persekutuan
Contact person: Ammal Nasimin
Tel.: +6013 7777 503
Email: mswp@hypersolutions.com.my
Web: www.hypersolutions.com.my/kwp/KonvoiBerbasikal1WP2018

MAKLUMAT ACARA

Kategori:

Kategori Jarak Kelayakan Umur Bayaran Pendaftaran(RM)
Terbuka 30km 18 Tahun Ke Atas PERCUMA

* Peserta yang berumur 17 tahun ke bawah diwajibkan mendapat kebenaran dari ibu/bapa atau penjaga.

Tarikh Pendaftaran: Bermula 19 Januari 2018(Jumaat), 5.00 petang
Tarikh Tutup: 9 Februari 2018(Jumaat),  5.00 petang
*Jika pendaftaran sudah mencukupi 3000 penyertaan, pendaftaran awal akan diutamakan.
*Penyertaan “on-the-spot” TIDAK AKAN DILAYAN.

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

TERMA DAN SYARAT KONVOI BERBASIKAL 1WP 2018

  • Penyertaan acara ini adalah PERCUMA.
  • Terbuka kepada seluruh peminat sukan basikal.
  • Peserta yang menyertai KONVOI BERBASIKAL 1WP 2018 ini dianggap telah bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
  • Peserta perlu memastikan bahawa tahap kesihatan diri adalah baik dan berkemampuan untuk mengambil bahagian dalam KONVOI BERBASIKAL 1WP 2018 ini.
  • Peserta perlu menggunakan basikal sendiri serta bertanggungjawab memastikan basikal tersebut selamat untuk digunakan.
  • Peserta WAJIB memakai Helmet semasa acara ini berlangsung. “No Helmet No Ride”.
  • Peserta hanya dibenarkan menggunakan basikal jenis roadbike, mtb & fixed gear.
  • Semua peserta yang berdaftar layak untuk acara 50 CABUTAN BERTUAH dan perlu menunjukkan No. Plat semasa mengambil hadiah.
  • Peserta perlu menunjukkan No. Plat kepada urusetia semasa menuntut MEDAL dan SARAPAN PAGI.
  • Segala risiko adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan, kecederaan atau kematian serta kehilangan mahupun kerosakan harta benda sebelum, semasa dan selepas acara ini berlangsung.
  • Pendaftaran peserta hanya dibenarkan melalui talian (ONLINE) sahaja. Pendaftaran awal diutamakan bagi 3000 peserta sahaja.
  • Peserta yang dibawah umur 17 tahun diwajibkan mendapat kebenaran dari ibu/bapa atau penjaga.
  • Sebarang bentuk bantahan tidak akan di layan.

ATURCARA

Tarikh: 24 Februari 2018 (Sabtu)
Masa: 6.00pagi – 11.00pagi
Tempat: Dataran DBKL, Kuala Lumpur

 6.00 pagi  Ketibaan Peserta dan Penutupan Jalan
 6.15 pagi  Peserta Berkumpul di Garisan Mula
 6.30 pagi  Taklimat Teknikal
Senaman Ringan
 6.45 pagi  Ketibaan VVIP YB Menteri Wilayah Persekutuan
Nyanyian Lagu
Ucapan YB Menteri Wilayah Persekutuan
 7.00 pagi  Pelepasan Peserta Kayuhan
Flag Off
 9.30 pagi  Kayuhan Selesai
Penyerahan Sijil, Medal dan Sarapan Pagi
 10.30 pagi  Cabutan Bertuah
 11.00 pagi Program Tamat

Harap maaf. Pendaftaran telah ditutup.

Pengambilan No. Plat / Race Kit 2.0

1WP Konvoi Berbasikal 2018 Race Kit Collection 2.0
Tarikh: 23 Februari 2018 (Jumaat)
Masa: 3.00 petang – 6.00 petang
Lokasi: Dataran DBKL, Jalan Raja Laut, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Peserta akan menerima:

  • No. Plat / Race Kit No.

Sila isikan maklumat dan mesej anda dibawah. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

Nama *

E-mel *

Telefon

Mesej *

Sila jawab soalan ini *

Facebook comments